Click here for Myspace Layouts

02 Disember 2011

Nak tahu bila lelaki serius dalam percintaan




1.Kalau seorang lelaki tu serius dengan kita,dia akan selalu nasihat kita.Maksudnya,dia akan jaga aurat kita.Aurat paling berat la.Kalau dia ada nasihat kita,membebel pasal aurat ni semua,maknanya dia sangat serius dengan kita.Pertama,dia sayang kat kita.Tak nak kita masuk neraka.Kedua,dia akan jadi suami kita.Kalau kita tak jaga aurat kita,dia pun akan masuk neraka sekali..


2.Kalau seorang lelaki sangat serius dengan kita,dia tak kan bawak kita pergi jalan-jalan atau bersosial.Kalau seorang lelaki sayang seseorang perempuan tu, dia akan simpan perempuan tu baik-baik.Maksudnya,lelaki tu jaga perempuan tu elok-elok la.Bukan untuk tatapan umum..
 

3.Yang ketiga,kalau seorang lelaki ni betul serius dengan kita,dia akan cuba perbaiki diri dia.Mana yang tak ok dia ok kan.Mana yang kurang dia tambah.Maksudnya dia perbaiki diri dialah.Dia nak jadi yang terbaik untuk kita.Tapi dalam masa yang sama, kita pun kena jadi yang terbaik untuk dia..
 

4.Seterusnya,kalau lelaki ni serius dengan kita,dia akan cuba berjauhan dengan kita.Mungkin sekali sekala tanya kabar tu ada la. Bukan berjauhan bermaksud nak tinggalkan.Tapi kita kena faham,bila jauh ni kurang la buat dosa..


5.Kalau seorang lelaki ni serius dengan kita,dia akan selalu doakan jodoh kita dengan dia berkekalan sampai ke syurga..
 

6.Yang terakhir,bila seorang lelaki serius dengan kita,dia akan cari kerja yang baik.Kalau tak da kerja yang baik macam mana la nak nikah dengan kita.Hantarah dah la mahal.Lepastu dah ada anak nanti nak cari mana pulak duit? kita nak shoping lagi..Orang perempuan kan kuat shoping..

20 November 2011

Bila perempuan serius dalam percintaan

 
1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu
2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu
4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni
5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA
6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA
7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU
8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA
9. tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu
10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU

30 Oktober 2011

Senyumlah walaupun dirimu disakiti

 ~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
... BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~

~✿ KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠) ✿~

20 Oktober 2011

Adam & Hawa



  
Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata ‘I LOVE YOU’ atau ‘I MISS YOU’ kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…

20 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Salam all readers....rasanya masih belum terlambat untuk sy  ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam..rasanya kita masih lagi berada pada syawal yang ke 21...means dah 3 minggu kita raya & akan berakhir pada hujung bulan ini...raya zaman sekarang dah x mcam dulu...kalau dulu dalam sebulan 2 masih lagi terasa kehangatan hari raya tapi zaman sekarang,seminggu je rasa lepas tu dah senyap....2 la masyarakat zaman sekarang..




13 September 2011

Remove


Sori friend ... sy terpaksa remove friend yang x dikenali di facebook..sy hanya add n approve orang sy kenal n orang yang kenal sy...sori 2 say...

06 September 2011

Ikrar cinta kita


SAYANG…
hanya namamu terpahat dihati..
terbayang disegenap ruang mata..
membut aku rindu..
setiap detik,masa dan waktu..
apakan daya hanya dirimu yang kusayang..
SAYANG…
mergertilah diri ini dan hati ini..
bahawa aku jujur,ikhlas dan setia..
dengan penuh kasih sayang..
hanya dengan kepercayaan diantara kita..
akan membut pengerat kasih diantara kita..
SAYANG…
kuharap kau jua begitu..
demi kebahagiaan kita..
fahamilah aku..
mengertilah aku..
hanya kamu dihatiku..
tiada lain selain kamu..
SAYANG…
dengarlah suara cinta dari hatiku..
SAYANG…
berpeganglah pada janji-janji kita..
moga tuhan memberkati cinta kita sepanjang hayat……..

22 Julai 2011

Lelaki


♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥
•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

19 Julai 2011

Kebahagiaan Saya

Hadir

aku pernah meminta 
kepada tuhan
agar dipertemukan
seseorang
seperti kamu sayang..

tanpa diduga
doaku diperkenankan
ketika aku memerlukan
dan menginginkan
kamu hadir
dan membahagiakan..

terima kasih sayang
kerna
sentiasa disisi memberi dorongan
menyintaiku dengan penuh kesabaran
menunjukan ku sinar kebahagiaan
memberikan ku kembali senyuman
yang pernah hilang..

kau terlalu istimewa
untukku ungkapkan..
semoga kau dicipta
hanya
untukku...

~watie~




18 Julai 2011

Doa Kebahagiaan Kehidupan




Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

03 Julai 2011

Weekend II


Jumaat 1 July 2011

Ermm macam biasa kalau dah masuk sem baru , mulakan aktiviti jalan-jalan & bershopping dulu .. first tempat kteorg pergi greentown mall pastu baru ipoh parade .. bunyinya macam semua nak shopping rupanya cik shikah kumon je yang nak shopping ... yang lain hanya peneman saja ..


Lepas dah penat bershopping , pegi makan jap pastu gerak pegi gerbang malam jap ... meneruskan shopping lagi ... bila dah lewat ckit , terus balik umah .. 


Sabtu 2 July 2011

Ermm hari ni gerak pegi teluk batik .. sedih sebab x dapat mandi laut juz dapat tengok je .. erm x pe la maybe next time boleh mandi .. tenang bila tengok laut , lupa sekejap masalah yang ada .. kalau la umah dekat dengan laut , hari2 aku duk tepi laut 2 ...
Sebelum balik snap pic dulu ...


Kalau pegi teluk batik memang x sah kalau x singgah lumut ... makan & rehat2 kat lumut jap pastu gerak balik ipoh ... sebelum 2 singgah jap kat TAMAN PAYA BAKAU ...


Kedatangan kami disambut mesra oleh tuan rumah ...


Apa yang menarik tempat ni ??? rasanya x da yang menarik juz ada monyet je la .. tapi bagi pasangan couple tempat ni best untuk date .. hehe ...




Yang bestnya kat sini ada titi gantung .. dah lama rasanya x naik titi gantung , kalau dulu kat kampung selalu naik ... 

Destinasi seterusnya going to home ... by the way thanks to our guard MR FAEZ .. sebab sudi jadi guard sepanjang perjalanan kami ni .. hope nanti boleh jadi lagi ..




30 Jun 2011

Terasa Hati


Maafkan saya ... saya betul-betul terasa hati dengan sikap awak sekarang ni .. apa salah saya sampai awak buat saya macam ni .. awak dah benci saya ke ?? dah bosan kenal dengan saya ke atau awak dah ada orang lain yang ganti tempat saya dalam hati awak 2 ... sampai hari ni saya masih lagi tak tahu apa salah saya kat awak ... saya dah layan awak dengan baik , tak nak cari gaduh dengan awak lagi tapi awak tetap sama layan saya .. apa lagi yang tak kena dengan diri awak 2 , tolong la jangan buat saya macam ini ... saya perlukan awak untuk bangkitkan semangat saya .. 

18 Jun 2011

:)


I miss u so much , Izham
walaupun awak jauh dimata tapi dekat dihati

02 Jun 2011

Tinggalkan


Maafkan sy khairil izham,sy terpaksa lepaskan awk demi kebahagiaan awk...sy tahu awk tak bahagia bila dengan sy....sy boleh rasa semua tu...kebahagiaan sy apabila tengok awk bahagia..semua tu dah cukup buat sy bahagia walaupun kebahagiaan sy dalam tangisan..awk berhak mendapat kebahagiaan tapi bukan dengan sy..awk cari la pengganti sy & perempuan yg lebih baik dari sy & baik dari segala galanya..sy hanya mampu doakan awk bahagia ..

29 Mei 2011

Rahsia Bulan Mei



  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi & Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain & Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal & Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk & Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi & Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat & Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam &Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi & Agak boros

28 Mei 2011

Alone


Kesunyian ini terlalu indah walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggup kutahan dan kurelakannya

22 Mei 2011

Dalam Kenangan



Hari ni genap 3 tahun arwah nor atiqah hisham meninggalkan aku...kesedihan masih lg terasa sehingga kini..
Tiqah, aku rindu kamu...rindu sgt2..aku ada banyak cita nak bgtau tapi semuanya sudah terlambat..kamu pergi meninggalkan aku di saat aku betul2 perlukan seorang kawan..perkenalan kita hanya bertahan beberapa bulan je,lepas 2 kamu sakit & jarang dtg sekolah..kamu tahu x, setiap hari aku akan tunggu kamu dtg class walaupun aku tahu kamu dah x mampu nak dtg ke sekolah lg tp aku selalu berdoa supaya kamu cepat sembuh & cepat dtg sekolah..aku x tahan nak duduk sorang2 dalam class...budak lain suka buli aku sampaikan aku rasa nak menangis...aku x kuat nak hadapi semua ni...aku terus menanti sampailah form 5...alhamdulilah time form 5, aku dpt jd pengawas sekolah...at least aku x la boring sgt duk dlm class sebab bila jd pengawas ni, aku bz la ckit dgn duty...tapi ingatan kat kamu tetap macam dulu jgk & harapan aku tetap sama...sekarang ni kamu dah kerap sgt call aku...setiap kali dgr suara kamu, aku rasa nak nangis.. KENAPA ?? sebab aku rindu kamu tiqah...kamu je kawan baik aku kat sekolah 2...tapi lepas 2 kamu dah jarang call aku...masa 2 keadaan kamu dah makin kritikal..kamu dah x mampu nak bangun lg, asyik baring je, even nak makan pun kena suap....aku sedih bila dgr keadaan kamu sampai macam 2 sekali..maafkan aku jgk sebab x pernah call kamu...aku terlalu bz sampaikan lupa pasal kamu..maafkan aku sekali lg sebab x melawat kamu time kamu tengah sakit...aku x thu mcm mana nak pegi tgok sebab kamu thu kan aku x da kawan nak kuar...even nak kuar pun terpaksa kuar sorg2....tanggal 22 may 2008, adalah tarikh yg x mungkin akan aku lupakan sampai bila2...kamu telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...aku lemah bila mendapat tahu semua ni...aku x kuat nak hadapi semua ni sorg2..aku masih perlukan kamu lg tiqah...kenapa perlu tinggalkan aku..kenapa mesti kamu yg kena semua ni..aku betul2 rasa kehilangan org yg aku sayang...aku terkilan sgt sebab x sempat nak bergambar dgn kamu time kamu tgah sihat & aku x da sekeping pun gmbr kamu...dgn semangat kawan2 yg lain, aku bangkit dari kesedihan & redha dgn apa yg terjd...namun sehingga kini setiap kali dgr nama kamu ataupun cita pasal kamu, airmata aku akan menitis...dan sehingga hari ni ketika aku menulis tentang ni, airmata aku masih lg mengalir...aku rindu kamu atiqah..semoga kamu ditempatkan dikalangan org beriman & semoga roh kamu dicucuri rahmat...al-fatihah...amin...




21 Mei 2011

Rindu nak balik kampung



Sy rindu sangat2 nak balik kampung...even baru 2minggu x balik tapi rasa macam dah sebulan x balik... bulan nie bz sangat dgn assignment + quiz + test...maybe bulan depan pun sama jugak...x kira la bulan depan sy tetap nak balik jugak, walaupun kejap pun jd la...ermmmm sabarlah wahai diriku bulan june nanti baru balik okey...rindu dgn masakan mak & abah...rindu nak tido atas katil & tilam sy yg sedap 2...rindu nak peluk pooh sy yg besar macam org & rindu strawberry sy kat kampung....cepat la bulan june,sy dah x sabar nak balik...

18 Mei 2011

Selamat memasuki alam 20-an



Shahidawati Azman Tee : Tahniah untuk diri sendiri sudah memasuki alam 20-an...Please ubah perangai 2, jangan macam budak belasan tahun lg...ingat aku sudah 20 tahun, bukan 19 tahun lg...Please think forward for the future...sudah masanya untuk memikirkan masa depan sendiri & tentukan haluan hidup yang baik...jangan sibuk memikirkan hal orang lain lg, cukuplah dgn memikirkan hal sendiri....semoga aku terus tabah & kuat untuk menempuh dugaan & cabaran yg lebih besar lg pada masa akan dtg ... <3

16 Mei 2011

Result



Syukur alhamdulilah ... result sy agak memuaskan dari sem-sem yg lepas ... mungkin semua ini berkat doa mak abah , family , kwn2 & hubby ... terima kasih banyak2 .. sy sayang anda semua ...:)

14 Mei 2011

Macam-Macam



This week bermula la short sem bg sesi jan 2011....seriuoslly short sem ni mmg sibuk + penat bg aku...bkn 2 ja hari2 tension + stress..even hari2 nak marah...macam mana aku nak hadapi semua ni dlm masa 2 bulan akan dtg..Ya Allah berilah aku kekuatan & tabahkan hatiku..


Latestlly aku asyik nak marah je, x kira la kat sapa pn....dah 2 selalu bad mood...kenapa dgn aku ni??? aku x suka perasaan macam ni.. owh perasaan, pegi la jauh2 dari hidup aku...



To my roomate & housemate : sori sgt2 kalau sejak kebelakangan ni aku x layan korg, selalu bebel, selalu marah & apa2 je la yg korg x suka, aku minta maaf bnyk2... 



To my dear hubby : maafkan sy sbb sejak akhir2 ni sy selalu marah n mrajuk  kt awk...maafkan sy jgk sbb selalu minta break.. sy selalu cari pasal dgn awk, slalu marah & sakitkn hati awk..sy buat mcm 2 sbb sy nk awk tinggalkan sy...sy x mmpu nk bhagiakan awk...cari la perempuan lain yg boleh faham diri awk & boleh bahagiakn awk...maafkan sy sbb selalu lepaskan kemarahan sy kat awk....even sy marah or bengang kat org lain, awk jgk yg jd mangsa sy, x pasal2 awk plak yg kena marah dgn sy...

06 Mei 2011

Tabahkan hatimu


Tuhan mengapa engkau memberiku kehidupan yg seperti ini dan mengapa aku selalu lemah bila aku telah jatuh hati , padahal diantara kami banyak ketidakserasian tapi mengapa aku masih menyayanginya.apakah dia juga menyayangiku seperti dia sayang kepada aku atau dia hanya memanfaatkan aku saja.hatiku selalu gundah gulana apa bila dia datang padaku,oh Tuhan berilah hambamu kekuatan untuk melupakannya bagaimanapun dan apapun caranya biar aku boleh melupakan dia akan kulakukan.. kalau perlu aku yg harus pergi dari kehidupannya aku akan pergi untuk memperbaiki kehidupanku dan supaya aku boleh melupakan dia dari kehidupan ku .. untuk orang yg aku sayangi maafkan aku bila aku mempunyai banyak salah dengan kamu,sekali lagi maafkan aku bila aku pergi meninggalkan mu,bukannya aku sudah tak sayang padamu lagi tapi kerna diantara kita sudah tidak ada keserasian lagi …

24 April 2011

Kecewa Lagi




Ermm hari ni masih lagi aku terasa dgn sikap encik MDI (singkatan utk my dear izham)
kenapa ???
semuanya psl hal semalam yg x settel lg
dia tetap dgn pendirian dia yg nak berahsia dgn aku
aku betul2 terasa hati n kecewa dgn apa yg dia cuba lakukan ni
sampai bila harus aku bertahan???
takkan sampai hingga hujung akhir hayatku


23 April 2011

Crying


Airmata ku menitis lagi buat kali kedua...kenapa?? aku sudah penat dgn penantian selama ini..diriku bagaikan tidak dihargai olehmu..apa lagi yg perlu aku buat untuk mempertahankan sebuah perhubungan yg suci ini..
hanya TUHAN saja yg tahu derita dihati ini..adakah aku yg terlalu mendesak dirimu sehingga hal sebegini berlaku lagi?? maafkan aku....aku cuma inginkan sebuah perhubungan yg ikhlas & jujur..salahkah aku hanya ingin mengetahui sejarah hidupmu yg dulu, salahkah aku sebab menyayangi dirimu, salahkah aku ???? Kenapa semua ini harus belaku kpd dirku?? adakah aku x layak untuk bahagia mcm orang lain??? Wahai diriku, kuatkan semangat & tabahkan hati... Hanya airmata yg mampu menghilangkan rasa sedih dihati ini...

22 April 2011

Sesekali Diuji



Apa jua bala bencana singgah menerpa,
Menguji jauh maknanya kesabaran kita,
Mungkin selama ini kita terlupa...

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaan NYA,
Maka diberi sedikit ujian untuk  menguji tahap keimanan di jiwa...

Bila kesusahan datang terasa hidup ini terlalu payah,
Pelbagai persoalan menerjah di minda,
Di saat itu barulah kita minta petunjuk dan hidyah..

Tetapi..
Usah berputus asa,
Kerana ada rahmat disebalik semuanya,
Yang tidak kita ketahui dalam hidup ini,
Teruslah berdoa pada ALLAH
Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang~